Sunday, May 9, 2010

Apa itu SAP????

Student Adventure Programme merupakan satu program outdoor atau aktiviti luar yang menghimpunkan semua mahasiswa yang berada di Terengganu atau luar dari Terengganu. Program ini bertujuan menghimpunkan dan membentuk mahasiswa menjadi suatu entiti yang mampu mengubah masyarakat di Kemaman dengan menyediakan medium yang terbaik dalam membentuk peribadi yang cemerlang. Bertemakan MAHASISWA BERINTELEKTUAL PENJANA MASYARAKAT, SAP 2010 adalah satu wadah untuk menjalinkan ukhwah di kalangan mahasiswa Kemaman diseluruh malaysia. Program selama dua hari ini iaitu 4 hingga 5 Jun 2010 diharapkan dapat melahirkan mahasiswa yang perihatin terhadap masyarakat dan sekaligus membina jati diri mahasiswa yang cemerlang. SAP menyediakan pelbagai aktiviti luar yang menarik iaitu jungle trekking, paintball dan sukan air. Aktiviti yang dijalankan dapat memupuk semangat kerjasama, kepimpinan dan yang paling utama dapat menerapkan kesedaran yang tinggi dalam diri mahasiswa akan kepentingan mereka dalam masyarakat.

No comments:

Post a Comment